DeepSeek Perkenal Model V4.1 Flash – Fokus Pada Prestasi Dan Kos

Technology
10 Sep 2026 • 8:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DeepSeek Perkenal Model V4.1 Flash – Fokus Pada Prestasi Dan Kos

DeepSeek kini telah memperkenalkan model terbaru mereka yang lebih berkuasa berbanding pelbagai model mercu mereka sebelum ini, iaitu DeepSeek V4.1 Flash. Model ini memfokuskan kepada prestasi yang baik, dan pada masa yang sama mengurangkan kos penggunaanya.

Image from: DeepSeek Perkenal Model V4.1 Flash – Fokus Pada Prestasi Dan Kos

DeepSeek menyatakan model ini menggunakan senibina serba baharu, sekaligus menawarkan kadar inferens lebih pantas, serta prestasi lebih tinggi. Senibina baharu ini menggunakan rekaan “Mixture-of-Experts”, sekaligus mengurangkan kuasa pemprosesan yang diperlukan untuk setiap pertanyaan. Walaupun model ini adalah model versi kompak, tetapi ia dikatakan menawarkan keupayaan setara model mercu lain – termasuk untuk pengaturcaraan dan penaakulan.

DeepSeek 4.1 Flash ini juga turut hadir dengan sokongan pemahaman visual, membolehkan ia memahami gambar yang dikongsikan ketika melakukan sesuatu pertanyaan. Mengikut perbandingan penanda aras, model ini dilihat lebih berkuasa berbanding DeepSeek V4 Pro sebelum ini.

Bagi anda yang terlibat dalam arena kecerdasan buatan, boleh menyemak model ini melalui Hugging Face, atau membaca lanjut laporan teknikalnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved