Sunzen adakan EGM dapatkan kelulusan pengambilalihan baki 30% ekuiti Ecolite Biotech dan Yanming Resources

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 4:31 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sunzen adakan EGM dapatkan kelulusan pengambilalihan baki 30% ekuiti Ecolite Biotech dan Yanming Resources Image from: Sunzen adakan EGM dapatkan kelulusan pengambilalihan baki 30% ekuiti Ecolite Biotech dan Yanming Resources amree06/08/2026 - 16:31 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 OgosSunzen Group Berhad akan mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi meminda syarat pengambilalihan baki kira-kira 30% pegangan ekuiti dalam dua anak syarikat utamanya.

 

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, usaha itu dilaksanakan menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) dijadualkan di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor pada 24 Ogos 2026.

 

Cadangan itu melibatkan perubahan kepada terma pengambilalihan kepentingan dalam Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd dan Yanming Resources Sdn Bhd menerusi perjanjian jual beli saham tambahan.

 

"EGM tersebut akan membolehkan pemegang saham untuk mempertimbangkan cadangan pindaan kali kedua berkenaan yang sudah dimeterai pihak terlibat diadakam pada 26 Mei 2026 lalu," jelas Sunzen.

 

Perjanjian tambahan itu jelasnya lagi, merupakan susulan kepada perjanjian asal bertarikh 20 Disember 2023 serta perjanjian tambahan pertama yang telah ditandatangani pada 14 Jun 2024.

 

Kata kumpulan tersebut, kelulusan pemegang saham diperlukan bagi membolehkan syarikat melaksanakan pindaan berkenaan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui bersama semua pihak yang terlibat.

 

Sunzen_DagangNews2026

 

Jika diluluskan, Lembaga Pengarah Sunzen diberi kuasa menandatangani perjanjian tambahan kedua dan melaksanakan segala dokumen dan tindakan yang diperlukan bagi menyempurnakan cadangan berkenaan.

 

"Lembaga Pengarah juga akan diberi kuasa menerima sebarang syarat, pindaan atau pengubahsuaian yang mungkin dikenakan pihak berkuasa atau difikirkan perlu demi kepentingan terbaik syarikat," ujarnya.

 

Makluman itu menyatakan cadangan pindaan melibatkan transaksi bersama beberapa vendor asal bagi kedua-dua syarikat, termasuk pemegang saham Ecolite Biotech Manufacturing dan Yanming Resources.

 

Kumpulan berkenaan tambahnya, turut menetapkan 17 Ogos 2026 sebagai tarikh rekod pendeposit bagi menentukan kelayakan pemegang saham untuk dapat menghadiri dan mengundi pada EGM tersebut.

 

Keputusan mesyuarat itu bakal menjadi penentu kepada pelaksanaan pindaan syarat pengambilalihan baki pegangan dalam kedua-dua syarikat, bagi melengkapkan pelan pemilikan penuh Sunzen. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved