SUPER JUNIOR Akan Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert ‘SUPER SHOW Spin-off: Halftime’

Music
17 Jan 2024 • 2:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

SUPER JUNIOR akan memulakan konsert jelajah asia untuk persembahan ‘spin-off’ “Super Show 2024”.

Jelajah Asia “2024 SUPER JUNIOR (Super Show Soin-off Halftime)” akan dimulakan di Seoul pada bulan Jun ini dan segala maklumat terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan melalui komuniti kelab peminat rasmi kumpulan itu.

Malah, selepas persembahan di Seoul, SUPER JUNIOR merancang untuk meneruskan konsert jelajah mereka di rantau Asia seperti Bangkok dan Singapura pada bulan Julai, serta Kuala Lumpur dan Taipei pada bulan Ogos yang akan datang.

Di konsert ulang tahun ke-18 mereka pada tahun lepas, SUPER JUNIOR berkata,

Kami dah ada banyak perancangan untuk ulang tahun ke-19 dan ke-20. Kami juga akan cuba yang terbaik untuk membuatkan anda semua gembira apabila menerima ‘hadiah’ yang disediakan oleh SUPER JUNIOR.

image is not available

Terlebih dahulu, SUPER JUNIOR telah melakukan kemunculan sulung mereka pada tahun 2005, dan aktif mencipta sejarah di industri K-Pop menerusi muzik serta persembahan mereka di konsert jelajah “SUPER SHOW”.

Semua dah boleh kumpul duit untuk pergi konsert SUJU lepas raya nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.