“Sudah hampir Ramadan” – Siti Nurhaliza Mohon Maaf, Tak Dapat Tambah Hari & Tiket Konsert

Entertainment
8 Jan 2024 • 6:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi peminat penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza terutamanya Siti Zoners, korang mesti tertunggu-tunggu pengumuman rasmi oleh penyanyi itu mengenai penambahan hari ataupun tiket untuk konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza akan berlangsung pada 9 Mac 2024 akan datang.

Terkini, Siti Nurhaliza menerusi satu sidang media khas mengenai konsert tersebut, dia telah membuat pengumuman rasmi yang mungkin akan mendukakan hati para peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Hari konsert sudah hampir dengan Ramadan

Sebelum ini, tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah habis dijual dalam masa dua jam dan disebabkan itu, ramai peminat mencadangkan agar penyanyi lagu Cindai tersebut menambah tiket ataupun hari konsert.

Ketika sidang media, Siti Nurhaliza memohon maaf kerana tidak dapat menambah hari dan jualan tiket setelah mempertimbangkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Tidak ada pengumuman baru hari ini. Saya minta maaf tidak dapat tambah hari dan jualan tiket. Saya dan pasukan sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin dapat tambah hari.

Katanya lagi, hari konsert tidak dapat ditambah kerana sudah menghampiri bulan Ramadan yang akan bermula pada 11 Mac 2024.

Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac pula ia adalah hari terakhir raptai konsert itu.

Konsert seterusnya akan buat dua hari

Selain itu, bagi merawat luka peminat, Siti Nurhaliza memaklumkan akan menganjurkan konsert seterusnya selama dua hari.

Saya mohon maaf ramai tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual. InsyaAllah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari.

Bagi konsert yang akan berlangsung di Axiata Area pada bulan Mac ini, penyanyi popular Indonesia, Judika akan menjadi undangan khas pada konsert tersebut.

Tambahnya, hasil sebahagian jualan tiket konsert ini akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.

Betul juga kan? Kalau tambah hari pun nak dekat sangat dengan Ramadan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.