Super Spontan Kini Dikenali Sebagai Mega Spontan, 20 Pemain Akan Beraksi Dalam Dunia Kerajaan Nusantara

16 May 2023 • 2:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bertemakan ‘ Takhta Nusantara’ , program berteraskan permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti itu akan menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara - Gambar ihsan Astro

Setelah hampir lima tahun tidak bersiaran, rancangan kegemaran ramai, Super Spontan kini kembali dengan judul baharu iaitu Mega Spontan dengan format permainan kali ini diubah secara keseluruhan.

Bertemakan ‘ Takhta Nusantara’ , program berteraskan permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti itu akan menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh untuk dinobatkan menjadi ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’.  

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna Idlan Zahari, selepas lima tahun, format permainan kali ini diubah secara keseluruhan kerana mereka mahu memberikan  pengalaman hiburan yang  leih hebat kepada penonton. 

“Buat julung kalinya, kami membuka penyertaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai bakat berkomedi. 

“Kami juga mempunyai wajah-wajah baharu industri hiburan yang belum pernah menerokai dunia komedi. Kombinasi mereka semua termasuk barisan pelawak yang sudah menempah nama dalam arena ini pastinya akan memberikan persembahan yang melangkaui jangkaan para penonton,” ujarnya.

image is not available
Buat julung kalinya, setiap kumpulan bukan sahaja dipenuhi barisan pelawak ‘otai’ dan popular serta selebriti-selebriti yang mempunyai kelebihan dalam berkomedi

Jelas Adlan lagi, pihaknya  turut membawa kemunculan pelawak-pelawak ‘otai‘ arena komedi negara iaitu Zizan Razak, Sabri Yunus dan Douglas Lim serta pelakon versatil Kamal Adli yang akan tampil sebagai mentor kepada pemain-pemain yang hebat.

‘Mega Spontan’ akan dijayakan oleh seramai 20 pemain yang dibahagikan kepada empat buah kumpulan. 

Buat julung kalinya, setiap kumpulan bukan sahaja dipenuhi barisan pelawak ‘otai’ dan popular serta selebriti-selebriti yang mempunyai kelebihan dalam berkomedi.

image is not available
‘Otai‘ arena komedi negara iaitu Sabri Yunus dan Douglas Lim serta pelakon versatil Kamal Adli akan tampil sebagai mentor kepada pemain-pemain yang hebat

Lebih istimewa kali, tumpuan ‘Mega Spontan’ tumpuan kini dialih kepada bakat-bakat komedi daripada generasi media sosial yang semakin meraih populariti luar biasa di pelbagai platform hiburan.

Justeru itu, uniknya pada kali ini apabila barisan pemain rancangan ini turut melibatkan rakyat Malaysia serta generasi BBNU yang mempunyai bakat komedi yang hebat secara spontan.  

Antara nama-nama pelawak da pelakon yang bukan asing lagi dalam industri komedi yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Dato’ Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.  

Manakala wajah-wajah baharu yang akan muncul buat pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini adalah pelakon dan penyanyi popular Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri. 

image is not available

Menarik lagi buat edisi ‘Mega Spontan’ kali ini adalah pengenalan mentor bagi setiap kumpulan yang akan membantu strategi kumpulan yang diwakili serta memberi komen kepada persembahan setiap kumpulan termasuk persaingan Battle Royale. 

Barisan mentor ini digalas  pelawak-pelawak  versatil tersohor negara iaitu Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim (kerajaan Campaktakjauh), Sabri Yunus (kerajaan Langkataksuka) serta Kamal Adli (kerajaan Srivijanda)

Gerak-geri setiap pemain akan dinilai Datuk  Afdlin Shauki sebagai Game Master sebagai menentukan pemenang dan pemilihan hukuman buat kumpulan yang tercorot serta pemberian Immunity kepada pemain mahupun kumpulan.  

Sherry Alhadad bakal menggalas tugasan sebagai pengacara buat kali pertama di samping  Amir Raja Lawak selaku pengacara gandingan untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.  

‘Mega Spontan’ akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran  secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9.00 malam eksklusif di Astro Warna (saluran 107). – Getaran, 15 Mei 2023