Superkomputer Aurora Dengan Kemampuan 2 ExaFLOPS Siap Dipasang Oleh Intel

TechnologyDigital
23 Jun 2023 • 10:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Frontier menjadi superkomputer pertama dengan kemampuan memproses melangkaui merupakan 1 ExaFlop. Dengan kemampuan memproses 1.102 ExaFLOPS ia adalah superkomputer terpantas dunia dengan ia menggunakan cip AMD EPYC 64C 2GHz yang mempunyai 8,730,112 teras kesemuanya.

image is not available

Rekod Frontier bakal dipecahkan dalam masa terdekat kerana Intel mengumumkan mereka sudah melengkap pemasangan superkomputer Aurora di Argonne National Laboratory. Secara teorinya Aurora mempunyai kemampuan memproses mencecah 2 ExaFLOPS. Sebanyak 21,248 CPU Intel Xeon siri Max digunakan dengan ia dipadankan pula dengan 63,744 GPU Intel Data Center siri Max.

image is not available
Superkomputer Aurora – Gambar oleh Intel

Proses ujian bagi mencari pepijat sedang giat dijalankan dengan harapan apabila beroperasi kelak ia akan digunakan dalam proses menghasilkan model kecerdasan buatan generatif baharu. Projek Aurora diumumkan pada tahun 2015 dengan ia sepatutnya mula beroperasi pada tahun 2021.