Supersunday Perkenal 27 Rekaan The Runway Sempena KLFW2023!

16 Sep 2023 • 1:02 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pada 27 Ogos 2023 lalu bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, jenama streetwear, SUPERSUNDAY, telah mempersembahkan pertunjukan fesyen dengan koleksi 27 persalinan yang dinamakan The Runway. 

Ia diadakan di bawah anjuran Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW23) di mana SUPERSUNDAY juga telah mengambil kesempatan tersebut untuk memperkenalkan Pengarah Kreatif Bersama yang baru sahaja dilantik, Raffiq Corbin.

Raffiq telah diberikan tanggungjawab kreatif penuh untuk menggalas amanah sebagai Pengarah Kreatif Bersama dari Pengasas sertya Pengarah Kreatif jenama SUPERSUNDAY, Zulkifli Salleh atau lebih dikenali sebagai Bob, untuk mengilhamkan serta menghasilkan koleksi tersebut. 

Berusia 28 tahun dan berasal dari Taman Melati, KL, Raffiq telah bekerja dengan SUPERSUNDAY sejak Mac 2020. 

Dibesarkan di bandar raya Kuala Lumpur, dia amat meminati gaya fesyen jalanan dan juga merupakan seorang rapper dan penari hip hop yang amat mengambil berat tentang perkembangan industri fesyen di Malaysia serta di luar negara. 

The Runway makan masa tiga bulan!










        View this post on Instagram                      

A post shared by Snooz & Dooz (@snoozndooz)


Eksperimen baharu