Surat Edaran Tular, Tauliah Mengajar Ustaz Don Sah Ditarik MAIS

Entertainment
12 Aug 2024 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, nama Ustaz Don menjadi bualan ramai susulan kenyataannya di televisyen yang mengundang pelbagai reaksi.

Terbaru, satu surat edaran telah tular di media sosial yang memaklumkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik semula tauliah mengajar Ustaz Don atau nama penuhnya, Don Daniyal Bon Bijayid.

Menurut laporan Kosmo!, perkara tersebut disahkan Exco Agama Islam Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah.

“Sahih,” katanya ringkas.

Berdasarkan surat tersebut, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tauliah MAIS telah memutuskan untuk menarik balik tauliah mengajar terhadap lima orang pemegang tauliah MAIS.

image is not available

Mengikut surat edaran, tauliah mengajar bagi pendakwah selebriti tersebut adalah sepatutnya bagi tempoh 2 Julai 2020 hingga 30 Jun 2025.

Manakala empat individu lain yang turut menerima nasib sama ada Mohd. Shahabudin Md. Yatim, Mohd. Udzair Mohamad Zaid, Muhammad Hairullah Hassim dan Syed Mohd. Norhisyham Tuan Padang.

Difahamkan, kesemua masjid dan surau tidak benarkan mengundang kelima-lima mereka untuk mengajar seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut.

Sebagai info, Ustaz Don sebelum ini diberi tempoh selama 14 hari bagi memberi ­kenyataan bertulis susulan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berkaitan doktrin palsu.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.