Surat Layang MAHB: Wan Ahmad Fahysal Berkemungkinan Digantung Enam Bulan

LocalPolitics
18 Jul 2024 • 12:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mengusulkan di Dewan Rakyat untuk menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada bersidang selama enam bulan rentetan isu surat layang Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Memetik laporan Malaysiakini, JPM akan berbuat demikian di atas tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang membangkitkan isu terbabit ketika perbahasan Dewan Rakyat sekali gus membuat dakwaan ke atas penjawat awam tanpa kesahihan maklumat.

image is not available

Foto: Parlimen Malaysia

“Yang Berhormat Machang telah mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius dan bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.
“Maka dipersetujui bahawa Yang Berhormat Machang hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan selama enam bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan,” menurut usul yang bakal dinyatakan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal telah mendakwa salah seorang kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi surat layang sebagai ‘dalang’ rancangan penjualan pegangan MAHB pada 1 Julai lalu.

Tambah usul tersebut, tindakan Wan Ahmad Fayhsal itu bukan sahaja memberi kesan negatif kepada individu terbabit malah ia turut membabitkan pegawai-pegawai lain rentetan tuduhan tidak berasas berkenaan.

image is not available

Foto: Harian Metro

Difahamkan, ahli Parlimen “tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan” ketika berbahas melainkan tindakannya ketika melaksanakan tugas selaku penjawat awam.

Namun begitu, pegawai Wan Ahmad Fayhsal memaklumakan bahawa Ketua Pemuda BERSATU itu akan mengadakan sidang media setelah usul berkenaan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved