
LAHAD DATU: Sebuah rumah dan sebuah surau di Kampung Payang, di sini, musnah dalam kebakaran pada Selasa.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.05 pagi melalui MERS999.
Sepasukan anggota bomba dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja dan sebuah surau yang musnah sepenuhnya.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Pasukan kami dapat mengawal kebakaran pada jam 11.49 pagi dan menamatkan operasi pada jam 1.20 tengah hari selepas api dipadam sepenuhnya,” katanya.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian sedang disiasat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

