Hotel di Johor Bahru terbakar, empat terselamat

14 Jun 2023 • 2:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

JOHOR BAHRU - Empat individu termasuk seorang kanak-kanak terselamat dalam kebakaran di sebuah hotel di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini, pada Selasa malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahari Safar berkata, seramai 18 anggota daripada BBP Johor Jaya dan Tebrau digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9 malam.

Beliau berkata, sejurus tiba, pasukan bomba mendapati dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 37 hingga 55 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, berada di dalam hotel itu.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dari bangunan itu. Dua daripadanya mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail,” katanya.

Katanya kebakaran di bangunan setinggi lapan tingkat itu melibatkan sebuah stor di tingkat satu dan kebakaran yang memusnahkan lima peratus daripada keseluruhan bangunan itu berjaya dipadam sepenuhnya pada 1.10 pagi tadi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved