Suri rumah ditahan gara-gara ugut pendandan rambut

LocalPolitics
13 Jul 2025 • 12:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Polis memberkas seorang suri rumah ‘pengugut’ dan merampas telefon pintar miliknya kerana disyaki mengancam hendak memecahkan kepala seorang pendandan rambut wanita melalui kiriman mesej dalam aplikasi media sosial.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, wanita tempatan berumur 38 tahun itu diberkas di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 2.45 petang Jumaat.

“Penangkapan dibuat susulan aduan seorang pendandan rambut pada 3 Januari tahun lepas, yang mengatakan menerima mesej ugutan menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya di sini, pada Sabtu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jasmin berkata penahanan suspek dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJND) di hadapan sebuah rumah tidak bernombor dan turut merampas satu telefon pintar.

Mengikut aduan diterima polis bertarikh 3 Januari 2024, suspek dikatakan ada mengirim mesej dengan ayat “Di mana-mana aku jumpa binimu tu, aku kasi pecah kepalanya” iaitu sehari sebelum mangsa tampil membuat laporan tersebut.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan - menghantar ancaman melalui komunikasi dalam talian yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang pemuda tempatan yang disyaki menceroboh sebuah rumah dan cuba menyerang seorang wanita di bilik sewa di Bandar Tawau pada Ahad lepas.

Beliau berkata suspek berumur 20 tahun itu diberkas pasukan Strike Team Balai Polis Tawau kira-kira jam 10.15 malam di tapak parkir kawasan bandar di sini, pada Khamis.

Penahanan suspek dibuat berikutan laporan polis oleh mangsa berumur 25 tahun itu, yang dilanda trauma dan bimbang dengan keselamatan dirinya.

“Menurut pengadu, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang tidur di biliknya apabila suspek menyelinap masuk dan menekup mulut wanita itu sebelum cuba menyamunnya.

“Mangsa yang tersentak akibat perbuatan suspek, terjaga sebelum menjerit dan menepis tangan penyerangnya hingga dapat menolak pintu dan lelaki terbabit tercampak keluar dari rumah.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kerugian kerana tindakan pantasnya menggagalkan niat suspek,” katanya.

Polis kemudiannya meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menjalankan risikan sebelum membawa kepada keberhasilan penahanan suspek.

Beliau berkata topi, beg silang dan selipar yang disyaki digunakan oleh suspek turut dirampas dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh bangunan.