Suria juara berganda pertandingan memancing di Lumut

26 Jul 2026 • 2:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suria juara berganda pertandingan memancing di Lumut
Rozaini (dua dari kanan) bergambar bersama pemenang pertandingan memancing sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia di Pantai Lumut Waterfront pada Sabtu.
Image from: Suria juara berganda pertandingan memancing di Lumut
Suria menunjukkan ikan belukang seberat 3.020kg yang membolehkannya muncul juara pertandingan memancing di Pantai Lumut Waterfront.
Image from: Suria juara berganda pertandingan memancing di Lumut
Sebahagian daripada hampir 300 peserta yang menyertai pertandingan memancing di Pantai Lumut Waterfront.

LUMUT – Rezeki memihak kepada Suria Mat Sahar, 47, apabila muncul juara berganda dalam pertandingan memancing sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia yang berlangsung di Pantai Lumut Waterfront di sini pada Sabtu.

Suria, dari Selangor menewaskan hampir 300 peserta selepas berjaya menaikkan ikan belukang seberat 3.020 kilogram (kg) pada jam 10.38 pagi.

Pengurus di DRB-HICOM itu membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, sekali gus muncul juara pertandingan anjuran Kelab Pemancing Surfcast Profesional Bersatu Malaysia (MUPSAC).

Tempat kedua dimenangi Mohammad Nasrul Fazwan, 30, dari Terengganu menerusi tangkapan ikan belukang seberat 0.945kg yang melayakkannya menerima RM1,000.

**media[3595299]**

Tempat ketiga pula menjadi milik Muhammad Norman Mansor, 47, juga dari Terengganu selepas menaikkan ikan semilang seberat 0.930kg, sekali gus membawa pulang RM500.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Projek MUPSAC, Rozaini Kamarudin.

Suria berkata, kejayaan itu cukup bermakna selepas lebih empat tahun aktif menyertai pertandingan memancing kategori pantai tanpa pernah meraih gelaran juara.

Katanya, pencapaian terbaiknya sebelum ini ialah muncul naib juara dalam satu pertandingan di Perlis pada Januari lalu.

“Alhamdulillah, kali ini rezeki berpihak kepada saya apabila umpan perumpun sarang yang digunakan disambar ikan belukang sehingga berjaya memintas tangkapan peserta lain.

**media[3595301]**

“Lebih menggembirakan, saya turut muncul juara pertandingan malam yang diadakan di lokasi sama pada malam sebelumnya dengan membawa pulang hadiah RM1,000. Memang tidak sangka dapat muncul juara berganda di Lumut,” katanya.

Sementara itu, Rozaini berkata, MUPSAC akan meneruskan penganjuran pertandingan memancing di Tasik Seksyen 7, Shah Alam pada 20 September depan.

Menurutnya, pihaknya turut merancang menganjurkan satu lagi pertandingan memancing pantai di Pantai Seri Menanti, Muar pada November ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved