“Suruh Bakal Adik Ipar Kau Bayar” – Individu Dedah Abang Bakal Isteri Sufian Suhaimi Berhutang RM12K, Penat Mengemis

24 Oct 2023 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang individu di aplikasi X ada membuat pendedahan mengenai abang kepada bakal isteri kepada Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai ‘sayang’.

Dalam hantaran tersebut, wanita berkenaan mendakwa abang ‘sayang’ telah berhutang sebanyak RM12,000 dan culas membayarnya.

image is not available

Ni I nak cakap ni, I dah tahap penat eh minta hutang dekat abang dia ni. Dah 3 tahun tau aku tunggu dia bayar. Janji nak bayar tapi tak pun. RM12K bukan sikit, banyak woi

Tulis individu itu lagi, dia tidak mempunyai cara lain melainkan untuk menularkan perkara itu di media sosial.

I dah tak ada jalan lain. Dia tak reply, tak nak berjumpa. Macam nak settle cara baik? Dah 3 tahun aku tunggu hutang aku.

Penyanyi Sufian Suhaimi turut membalas kenyataan wanita itu dan memaklumkan bahawa kekasihnya itu tidak mempunyai abang kandung bernama Alif Al Sadat.

Terdahulu, Sufian telah selamat menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga kekasihnya yang dikenali sebagai ‘sayang’ pada hujung minggu lalu.

Penyanyi lagu Di Matamu itu sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Elfira Loy namun putus beberapa bulan kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Muka Macam Intan Najuwa" - Sufian Suhaimi Dah Selamat Merisik Wanita Bergelar 'Sayang'