“Suruh Rehat Kat Rumah..” – Pemergian Diratapi Ramai, Kecuaian Doktor Penyebab Kematian Barbie Hsu?

WorldEntertainment
4 Feb 2025 • 12:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa yang tonton “Meteor Garden” pastinya kenal dengan penyanyi dan pelakon popular Taiwan, Barbie Hsu.

Pada 3 Februari, industri hiburan telah dikejutkan dengan berita kematian Barbie Hsu pada usianya 48 tahun, akibat komplikasi daripada radang paru-paru.

Susulan berita tersebut, media telah mendedahkan antara punca kematian wanita tersebut adalah kerana sumber perubatan yang terhad dan keengganan doktor di Jepun untuk merawat pesakit dari negara asing.

image is not available

Khususnya, Barbie Hsu memberitahu bahawa dia mula mengalami simptom seperti batuk dan asma pada 29 Januari, ketika sedang bercuti di Jepun. Meskipun sudah pergi ke hospital, dia beberapa kali dinasihatkan untuk hanya berehat di rumah.

Sehingga lawatan ketiganya di hospital di sana, mendiang akhirnya disahkan menghidap influenza A namun, tiada rawatan lanjut yang diberikan. Oleh itu, komuniti perubatan membuat spekulasi bahawa kelewatan dalam menerima rawatan yang sepatutnya mungkin telah menyebabkan kematian Barbie Hsu.

image is not available

Selain itu, salah seorang pakar perubatan juga menambah bahawa doktor di Jepun pada umumnya tidak berminat untuk memberi rawatan yang khusus buat pesakit yang bukan dari negara tersebut selain daripada mempunyai akses yang terhad kepada sumber perubatan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.