Suruhanjaya Eropah Membuka Siasatan Terhadap Corning Berhubung Dakwaan Salah Guna Kedudukan

TechnologyDigital
7 Nov 2024 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Eropah (European Comission) membuka kertas siasatan terhadap Corning berhubung dakwaan salah guna kedudukan dominan dalam pasaran kaca pelindung khas yang digunakan. Terutamanya untuk melindungi peranti mudah alih seperti telefon bimbit, dengan Samsung dan Apple yang menggunakannya secara meluas dalam rangkaian peranti mereka.

image is not available

EU menyatakan kebimbangan bahawa Corning mungkin memeterai perjanjian bekalan eksklusif anti-persaingan yang memerlukan pembuat peranti mendapatkan semua atau hampir semua kaca mereka daripada Corning. Di bawah perjanjian ini, pengeluar akan mendapat rebat untuk membeli kaca Corning, dan hanya boleh mengambil tawaran pihak pesaing jika kaca Corning tidak dapat menandingi harga.

Ia dilihat satu hal yang membimbangkan kerana Corning seakan cuba mengecualikan pihak pesaing langsung sekali gus mengurangkan pilihan pelanggan serta menyekat inovasi sehingga menjejaskan pengguna di seluruh dunia. Sekiranya didapati bersalah, Corning boleh dikenakan denda tetapi masih berpeluang menangani kebimbangan EU dengan komitmen yang boleh menamatkan siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved