
SANDAKAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat dengan memperluaskanya ke sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kempen berkenaan yang dilancarkan pada 21 Januari dan awalnya bertujuan meningkatkan kesedaran umum diperluaskan ke sekolah serta IPT bagi mendidik pelajar yang semakin aktif menggunakan internet.
“Sebelum ini kempen kesedaran kita tidak melibatkan sekolah namun sekarang penggunaan internet sudah meliputi semua usia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Oleh itu perlu untuk kita pergi ke sekolah-sekolah dan kampus bagi menyampaikan mesej keselamatan siber kepada mereka,” katanya semasa lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sung Siew di Sandakan pada Selasa.
Kempen terbabit memberi tumpuan kepada empat elemen utama iaitu buli siber, penipuan dan jenayah dalam talian, eksploitasi serta pengantunan (grooming) seksual, perlindungan data peribadi dan literasi digital.
Dalam pada itu Teo menegaskan ancaman buli siber kini semakin ketara apabila ia berpindah dari kawasan sekolah ke alam maya.
“Ramai pelajar tak sedar tindakan mereka di internet itu sebenarnya boleh dikira sebagai buli siber.
“Kita mahu didik generasi muda supaya mereka tahu batas.
“Selain itu isu penipuan, penyalahgunaan gambar kanak-kanak untuk tujuan seksual serta perkongsian maklumat peribadi secara terbuka turut menjadi kebimbangan utama.
“Pelajar diingatkan agar tidak mendedahkan maklumat seperti nama sekolah, alamat rumah atau nombor telefon di internet,” tambahnya.
Sejak dilancarkan Kempen Internet Selamat telah menjangkau 53 sekolah dengan penglibatan seramai 11,839 peserta, termasuk murid, pelajar, guru dan ibu bapa. Bagi tempoh Mei hingga Ogos MCMC menyasarkan 344 sekolah termasuk 64 di Sabah.
Teo turut menekankan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sebelum membenarkan mereka mengakses internet.



