Suruhanjaya Koperasi Malaysia lantik semula Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusi

LocalBusiness & Finance
16 Apr 2026 • 4:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Suruhanjaya Koperasi Malaysia lantik semula Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusi image is not available amree16/04/2026 - 16:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 16 AprilSuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melantik semula Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal sebagai Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Mac 2026.


Pengekalan itu dilihat penting bagi memastikan gerakan koperasi negara terus diperkasa menghadapi cabaran ekonomi semasa, serta meningkatkan sumbangannya kepada pembangunan sosioekonomi negara.


Kepimpinan beliau ujarnya, meneruskan agenda memperkukuh tadbir urus koperasi, selain meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan memperluaskan impak sektor tersebut kepada masyarakat.


“Pelantikan semula ini mencerminkan komitmen berterusan SKM memastikan pembangunan koperasi dipacu secara strategik, progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan.


Di samping, ia turut yakin di bawah kepimpinan Ahmad Norihan, gerakan koperasi negara akan terus berkembang, sekali gus memperkukuh peranan sebagai antara penyumbang penting ekonomi negara.


Sektor koperasi sebelum ini dikenal pasti sebagai antara pemacu ekonomi rakyat yang berpotensi besar dalam merapatkan jurang pendapatan serta memperluas peluang ekonomi di peringkat komuniti.


Tambahan pula, beliau berpengalaman luas setelah pernah memegang pelbagai jawatan strategik dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sepanjang lebih 30 tahun perkhidmatannya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved