Suruhanjaya Sekuriti pulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 5:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suruhanjaya Sekuriti pulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur
Amir Hamzah ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berjaya memulangkan RM1.98 juta kepada 239 pelabur hasil tindakan penguatkuasaan terhadap pelanggaran undang-undang pasaran modal sepanjang 2025.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, RM8.6 juta turut diperuntukkan bagi tujuan restitusi atau pemulangan wang kepada 933 pelabur.

“Sebanyak RM1.98 juta dipulangkan kepada 239 pelabur sementara RM8.6 juta diperuntukkan bagi tujuan restitusi yang melibatkan 933 pelabur.

"Momentum ini diteruskan pada 2026,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai rekod dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan SC dalam melindungi pelabur serta memastikan integriti pasaran modal

Amir Hamzah menjelaskan, di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, SC mempunyai dua mandat utama iaitu membangunkan dan mengawal selia pasaran modal.

Menurutnya, SC mengambil tindakan jenayah, sivil atau pentadbiran mengikut sifat dan tahap keseriusan pelanggaran bagi menghukum pesalah, mendapatkan semula wang pelabur serta memelihara keyakinan terhadap pasaran modal.

Kata beliau, SC merekodkan sembilan sabitan jenayah dengan jumlah denda mahkamah sebanyak RM13.1 juta sepanjang 2025.

“Melalui tindakan sivil pula, mahkamah mengenakan perintah pemulangan keuntungan haram dan penalti sivil berjumlah RM2.1 juta manakala RM9.08 juta diperoleh melalui penyelesaian kawal selia,” ujarnya.

Ujar beliau, daripada tindakan yang dilakukan ia jelas menunjukkan SC berkesan untuk melindungi hak pelabur dan mengambil tindakan yang sepatutnya berpaksikan perundangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved