“Susah nak cari duit..” – Fizz Fairuz bawa anak-anak ke tempat ‘shooting’ dipuji ramai

LocalFamily & Parenting
12 Nov 2025 • 3:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tindakan pelakon terkenal, Datuk Fizz Fairuz yang membawa anak-anaknya ke tempat kerja telah mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, dapat dilihat beliau sedang memegang anak bongsunya ketika menjalani pengambaran di sebuah pasar raya.

Fizz Fairuz

image is not available
image is not available

“Bawa anak-anak pergi shooting (pengambaran), susah nak cari duit,” ujarnya dalam hantaran di Instagram, hari ini.

Malah, pelakon filem Mat Tudung itu turut menitipkan nasihat tentang cabaran hidup, namun tidak dapat dipastikan kepada siapa pesanan itu ditujukan.

Fizz Fairuz

image is not available

“Hidup ni keras, beringatlah masa kita di atas, kadang kita dibawah. Jangan ego sangat, tak pergi mana pun.
“Jaga kehidupan masing-masing, jangan sampai merangkak cari aku sudah lah,” katanya.

Fizz Fairuz dipuji ramai

image is not available image is not available

Sekadar info, Fizz berkahwin dengan Almy Nadia pada 26 April 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, yang kini berusia 16 tahun.

Sumber: Instagram @Fizz Fairuz