Suspek Ancaman Bom Palsu Di KLIA T1 Diserahkan Kepada Polis

LocalPolitics
3 Dec 2025 • 2:36 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suspek Ancaman Bom Palsu Di KLIA T1 Diserahkan Kepada Polis

PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) — Seorang individu yang mencetuskan ancaman bom palsu melibatkan penerbangan berlepas domestik di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) semalam telah ditahan dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan berkata insiden itu mula dilaporkan pada pukul 5.32 petang, beberapa minit sebelum jadual penerbangan berlepas.

Pasukan Keselamatan Penerbangan segera mengaktifkan protokol tindak balas yang ditetapkan, mengamankan kawasan terlibat dan menyelaras tindakan dengan pihak berkuasa berkaitan.

“Keselamatan Penerbangan bersama PDRM dan unit pemusnah bom telah menjalankan penilaian terperinci di lokasi.

“Pihak berkuasa mengumumkan keadaan kembali aman pada pukul 8.58 malam, mengesahkan bahawa situasi adalah selamat dan insiden tersebut merupakan ancaman palsu,” menurut kenyataan itu.

MAHB berkata semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses tersebut, dan penerbangan berkenaan berlepas pada pukul 7.19 malam dengan baki penumpang.

“Operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan,” menurut kenyataan itu sambil mengingatkan bahawa membuat ancaman palsu merupakan satu kesalahan serius di bawah undang-undang Malaysia.

Sumber: BERNAMA

The post Suspek Ancaman Bom Palsu Di KLIA T1 Diserahkan Kepada Polis appeared first on Siakap Keli.