Suspek baju hijau ditahan, mangsa terima 35 jahitan akibat ditetak

LocalPolitics
5 Sep 2024 • 3:24 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang lelaki ditahan selepas terlibat dalam perselisihan faham membabitkan halangan parkir di kawasan perumahan Kepong semalam.

Lapor Harian Metro, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 6 petang, Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata, suspek yang berusia 28 tahun telah menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter.

Mangsa, seorang lelaki berusia 24 tahun, mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan, serta menerima 35 jahitan.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek di tempat kejadian pada jam 6.45 petang, pada hari yang sama. Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video rakaman saksi di media sosial yang menunjukkan pergaduhan di antara dua lelaki terbabit sebelum mangsa diserang menggunakan pisau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved