Tular Video Gaduh Bersenjata Sebab Isu ‘Parking’, Lelaki Terima 35 Jahitan Lepas Dit*tak

Entertainment
5 Sep 2024 • 1:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa buah video tular di media sosial memaparkan dua lelaki bertindak agresif dan bergaduh menggunakan senjata.

Menurut laporan Sinar Harian, perselisihan faham itu berpunca daripada halangan parkir di kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 28 tahun bertindak menetak mangsa menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter (cm).

“Mangsa iaitu lelaki berusia 24 tahun yang cedera telah dikejarkan ke hospital dan menerima 35 jahitan.

Berikutan itu, suspek telah ditahan di lokasi kejadian kira-kira jam 6.45 petang,” katanya.

Dalam pada itu, suspek akan direman untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, sebelum ini video kedua-dua lelaki itu tular di aplikasi X dan mendapat perhatian netizen.

Menerusi video itu, dapat dilihat mangsa terjatuh selepas ditetak oleh lelaki berkenaan sebelum orang ramai meleraikan pertengkaran itu.

Sumber: Sinar Harian, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.