Suspek bakar kereta polis bantuan untuk raih views di TikTok

15 Feb 2024 • 11:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pekerja P-hailing yang ditahan berhubung kes bakar kereta polis bantuan di Stesen MRT Mutiara Damansara awal pagi Khamis, dipercayai berbuat demikian untuk meraih jumlah view tinggi di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Namun, keputusan ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia 25 tahun itu positif dadah jenis morfin.

Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek pada Jumaat untuk membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, tular video menunjukkan sebuah kereta polis bantuan rentung di Stesen MRT Mutiara Damansara. Turut ditemui, beberapa kesan contengan berunsurkan khianat ditujukan kepada polis, menteri dan kerajaan.

Tidak beberapa lama kemudian, tular video di TikTok yang menunjukkan suspek berpuas hati dengan perbuatannya itu. Namun tindakannya itu mengundang padah apabila dia ditahan pada tengah hari Khamis di kediamannya di Flora Damansara.

Semakan pada kandungan di akaun TikTok suspek mendapati, video-video lain jelas menunjukkan suspek tidak berpuas hati dengan kerajaan dan pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro