Tular Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan, Rupanya Buat Untuk Dapatkan Rating Tinggi Di TikTok

Entertainment
16 Feb 2024 • 10:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial semalam, kes melibatkan seorang penghantar makanan yang telah membakar sebuah kereta polis bantuan dan membuat vandalisme di stesen bas dekat stesen MRT Mutiara Damansara.

Individu berkenaan difahamkan telah ditahan polis semalam dan dalam satu kenyataan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, difahamkan suspek berbuat demikian bagi meningkatkan rating di aplikasi TikTok.

image is not available

Menurut polis, lelaki berusia 25 tahun itu bertindak membakar kereta polis bantuan dan menconteng carutan anti-kerajaan di stesen bas supaya perbuatannya dapat dirakam dan dimuat naik melalui telefon bimbit.

Tambah pihak polis lagi, mereka juga menyiasat jika suspek dikaitkan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.

Polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, sebuah kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Alahai dek kerana content TikTok, tak pasal-pasal pula nanti masuk jel.

Sumber: Malaysiakini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.