Suspek berang mangsa ugut dedah hubungan sulit mereka kepada isteri

16 Jul 2024 • 1:44 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, suspek yang ditahan kerana disyaki membunuh Nur Farah Kartini, disahkan sebagai anggota polis yang bertugas di Perak.

Menurut beliau, suspek berusia 26 tahun itu turut dipercayai teman lelaki mangsa.

Suspek kini telah direman selama seminggu sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, setelah polis mendapat perintah reman terhadapnya di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pagi tadi.

Menurut sumber maklumat yang disiarkan oleh Harian Metro, suspek berang kerana mangsa mengugut mahu mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isterinya.

“Mangsa dipercayai mengugut suspek akan membocorkan hubungan antara mereka kepada isteri suspek.

“Suspek yang sudah berkahwin itu berang dengan ugutan berkenaan. Mangsa kemudian dicekik sebelum dilemaskan di parit berhampiran mayat ditemui,” katanya.

Sumber: Harian Metro