Suspek curi beg tangan di masjid direman empat hari

9 Jun 2026 • 11:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Suspek curi beg tangan di masjid direman empat hari
Suspek curi beg di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang, Sabtu lalu direman empat hari bermula Selasa.
Image from: Suspek curi beg tangan di masjid direman empat hari
Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan.

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Lelaki yang disyaki mencuri beg tangan milik seorang penuntut universiti ketika solat Asar di Masjid Ar-Rasyidin, Kampung Jelatang di sini, Sabtu lalu direman empat hari bermula Selasa.

Perintah reman terhadap penganggur berusia 28 tahun sehingga 12 Jun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Kamarul Aris Kamalluddin di Kompleks Mahkamah Alor Gajah.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

**media[3544968]**

Sebelum ini tular video berdurasi 23 saat memaparkan seorang lelaki berseluar pendek melarikan beg mangsa.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang di ruang solat wanita.

Mangsa berusia 19 tahun ketika itu sedang solat bersendirian dan meletakkan beg yang mengandungi dokumen serta barangan peribadi di hadapan sejadah.

Difahamkan suspek berjaya ditangkap jam 8.35 malam Isnin di kawasan Pulau Sebang Alor Gajah sebelum permohonan reman dibuat pada pagi ini.