Tular Video Triton Mengundur Lawan Arus, Pemandu Direman 4 Hari Bantu Siasatan

LocalCars
9 Jun 2026 • 12:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lelaki yang mencetuskan kekecohan selepas memandu sebuah Mitsubishi Triton secara berbahaya di beberapa laluan sekitar Seberang Jaya semalam kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan polis.

Suspek berusia 29 tahun

Memetik laporan daripada Kosmo! perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret J. Savinder Singh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bermula hari ini sehingga 12 Jun.

Reman tersebut diberikan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan.

Image from: Tular Video Triton Mengundur Lawan Arus, Pemandu Direman 4 Hari Bantu Siasatan

Ditahan orang awam sebelum diserah ke pihak polis

Dalam kejadian semalam, suspek berjaya ditahan oleh orang awam di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) berhampiran sebuah stesen minyak di Seberang Jaya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Terdahulu, beberapa rakaman video yang tular di media sosial memaparkan tindakan pemandu pacuan empat roda itu memandu secara melulu dan berbahaya di jalan raya.

Image from: Tular Video Triton Mengundur Lawan Arus, Pemandu Direman 4 Hari Bantu Siasatan

Malah, suspek turut dilihat mengundurkan kenderaan di beberapa lokasi sehingga memasuki pembahagi jalan, sekali gus mengundang kebimbangan pengguna jalan raya lain.

Insiden tersebut pantas menjadi perhatian ramai selepas video kejadian berkenaan tersebar luas di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Kosmo! (Siti Nur Mas erah Amran)

The post Tular Video Triton Mengundur Lawan Arus, Pemandu Direman 4 Hari Bantu Siasatan appeared first on Borak Daily.