Suspek edar dadah rempuh kenderaan polis 

18 Nov 2025 • 5:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Cubaan seorang suspek pengedar dadah meloloskan diri dengan merempuh kenderaan polis gagal selepas kenderaanya dipintas di kawasan Batu 4 Jalan Apas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata lelaki warga asing berumur dalam lingkungan 30-an terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND).

“Suspek disyaki bergiat aktif dengan aktiviti mengedar dadah di sekitar Merotai Besar dan gerak-gerinya memang berada dalam perhatian risikan polis selama ini,” katanya.

Jasmin berkata penangkapan suspek turut membawa kepada rampasan 11 paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 54.40 gram yang dianggarkan bernilai RM5,500.

Menurutnya bahan itu ditemui dari dalam seutas beg tangan dan suspek turut didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Suspek kini ditahan reman bermula Isnin dan  kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.