
Suspek yang diburu polis untuk membantu siasatan kes bunuh dan bakar rumah tiga sekeluarga di Pagoh, Johor akhirnya berjaya ditangkap selepas seminggu.
Suspek dikenali sebagai Azman ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar pagi ini, untuk permohonan reman.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki tersebut merupakan antara individu dikehendaki polis untuk menyiasat kes kematian tiga sekeluarga selepas suspek dilaporkan menghilangkan diri dengan menaiki motosikal selepas kejadian.
Pada awalnya, polis mengesahkan kematian warga emas Mohamed Nor Mohamed Yassin, isterinya, Ara Abd Hamid dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim sebagai mati mengejut.

Namun, kes kemudian diklasifikan sebagai bunuh selepas bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah ke atas ketiga-tiga mangsa.
Noradriana dikebumikan pada Sabtu manakala jenazah warga emas berkenaan masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk menjalani ujian DNA kerana rentung hampir 100 peratus.
Suspek adalah anak kepada pasangan warga emas yang maut dan bapa saudara kepada arwah Noradriana Nor Hisyam.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro



