
Sebelum ini terdapat berita gempar di mana terdapat kes kebakaran yang mengorbankan tiga nyawa yang kemudiannya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Terbaru, seorang suspek lelaki diburu polis susulan kes tersebut yang berlaku di Kampung Paya Redan, Pagoh Jumaat lalu.
Suspek difahamkan sudah berjaya ditangkap dan direman selama 7 hari, perintah reman dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Artikel berkaitan: Kematian Tiga Sekeluarga Akibat Rumah Terbakar Di Pagoh Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh
Artikel berkaitan: Bomba Selamatkan 9 Mangsa Dalam Insiden Papan Iklan Terbakar di Lebuhraya Persekutuan

Menurut laporan Buletin TV3, suspek ditahan di tepi jalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 1 pagi tadi.
Sebagai info, kejadian jam 1.30 pagi Jumaat lalu, tiga sekeluarga hangus dalam kebakaran, mangsa terdiri daripada pasangan warga emas yang juga ibubapa suspek, Mohamed Nor Mohamed Yassin dan isterinya, Ara Abd Hamid.
Turut meninggal dunia, cucu mereka yang juga anak saudara kepada suspek, Noradriana Nor Hasyim berusia 11 tahun.
Bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit membongkar tragedi sebenar yang dilakukan suspek apabila terdapat unsur jenayah.
Sumber: Buletin TV3
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



