Suspek kes buli pegawai kadet UPNM tiba di mahkamah

LocalPolitics
8 Nov 2024 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9.45 pagi pada Jumaat. Foto Sinar harian/HISYAMUDDIN AYUB.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kadet senior Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang disiasat dalam kes buli juniornya dua minggu lalu, dibawa ke Mahkamah Sesyen, di sini jam 9.45 pagi pada Jumaat.

Lelaki berusia 22 tahun itu akan dituduh atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan kes mencederakan.

Sebelum ini, polis merakam keterangan 16 individu membabitkan mangsa, suspek antaranya pelaku, penuntut dan kakitangan UPNM bagi membantu siasatan.

Pada 22 Oktober lalu, seorang pegawai kadet UPNM ditekap seterika pada bahagian dada selepas diminta menggosok baju kerja milik seniornya dalam kejadian di bilik asrama universiti berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan berkaitan kejadian berkenaan dibuat mangsa yang berusia 20 tahun.

Rakaman percakapan mangsa telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan beliau juga diminta untuk membuat rawatan di hospital bagi mengesahkan jenis kecederaannya.

Sementara itu, pada Rabu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan dapatan siasatan berhubung kes berkenaan akan dibentangkan jawatankuasa siasatan Jumaat ini.

Mohamed Khaled berkata, siasatan akan dimuktamadkan dan hasil siasatan akan dibentang dalam satu mesyuarat bersama Lembaga Siasatan Angkatan Tentera Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved