Suspek Kes Tembak Tiga Lelaki Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching Kini Berjaya Ditangkap

10 Jul 2024 • 8:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Polis Padawan tangkap tiga suspek kes tembak

Suspek Kes Tembak Tiga Lelaki Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching Kini Berjaya Ditangkap. Tindakan pantas polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes tembakan di belakang sebuah pasar raya di Batu 19, Jalan Kuching-Serian, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua suspek berusia lingkungan 23 hingga 32 tahun itu ditahan di kawasan berasingan sekitar Batu 17 dan Batu 18 Jalan Kuching-Serian antara jam 8 malam hingga 11 malam semalam.

image is not available
Suspek Kes Tembak Tiga Lelaki Di Sebuah Pasar Raya Di Kuching Kini Berjaya Ditangkap

“Mereka kini direman reman selama tujuh hari sehingga 16 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Polis turut sedang giat mengesan senjata api yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

image is not available

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” kata Irwan.

Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, tiga lelaki dilaporkan cedera akibat terkena tembakan. Mangsa yang berusia lingkungan 24 hingga 25 tahun itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Baca lagi artikel menarik: