Pelacuran: Lima remaja ditahan

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 3:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Polis menahan lima remaja, termasuk dua perempuan, di sebuah hotel di sini kerana disyaki melakukan kegiatan pelacuran.

Kesemua suspek berusia 18 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda pada jam 9.30 malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail, berkata siasatan awal mendapati mereka dipercayai aktif sejak Mei lalu dengan menggunakan aplikasi pesanan untuk mengatur pertemuan bersama pelanggan, mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM300 bagi setiap sesi.

Polis turut merampas telefon pintar, kondom, resit hotel dan kunci bilik semasa operasi dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan (hidup atas hasil atau menjalankan kegiatan pelacuran) dan Seksyen 372B (melacur), selain Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun, denda atau sebatan mengikut peruntukan Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan di bawah Akta Imigresen pula, pesalah berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebatan maksimum enam kali atau denda sehingga RM10,000.