Suspek Penembak Trump Terbunuh, Kata Perkhidmatan Rahsia 

14 Jul 2024 • 7:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suspek Penembak Trump Terbunuh, Kata Perkhidmatan Rahsia

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) — Suspek penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas, mencederakan bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Butler, Pennsylvania, pada Sabtu telah ditembak mati.

“Suspek ditembak oleh Anggota Perkhidmatan Rahsia AS dan telah meninggal dunia,” kata Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi di X.

Beliau berkata seorang penonton terbunuh, manakala dua lagi cedera parah.

Menurut beliau, penembak itu melepaskan tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.

Kejadian itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Guglielmi berkata Perkhidmatan Rahsia AS telah bertindak balas dengan cepat dengan langkah perlindungan dan bekas presiden berada dalam keadaan selamat dan sedang dinilai.

Agensi Anadolu melaporkan Trump kelihatan cedera dan dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Sumber: BERNAMA