Donald Trump Ditembak Ketika Berucap Semasa Berkempen, Alami Luka Di Telinga Kanan

14 Jul 2024 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan telah ditembak ketika sedang berucap di dalam kempennya.

Ketika leka memberi ucapan, Trump, 78, dilihat menyentuh telinganya lalu membongkok ke lantai selepas beberapa das tembakan dilepaskan kira-kira jam 6.15 petang pada perhimpunannya yang diadakan di Butler, Pennsylvania.

Akibat itu, telinga kanan Trump dilihat mengalami luka sebelum beberapa ejen Perkhidmatan Rahsia AS mengiringinya turun dari pentas.

image is not available

Menerusi siaran langsung yang disiarkan, boleh didengari bunyi tembakan dilepaskan beberapa kali sebelum perhimpunan itu menjadi huru hara dan peserta kempen didengari menjerit serta menundukkan kepala.

Menurut Peguam Daerah PA, Goldinger dua maut ketika kejadian iaitu individu yang melepaskan tembakan tersebut serta seorang peserta kempen manakala dua peserta dilaporkan cedera parah.

Sementara itu, calon Repubikan terbabit kini berada dalam keadaan selamat selepas menerima rawatan di hospital tempatan dan hanya “tercalar oleh tembakan”.

Presiden Trump berterima kasih kepada pihak penguatkuasa dan pasukan penyelamat atas tindakan pantas mereka semasa kejadian ini. Maklumat lanjut akan menyusul.

image is not available

image is not available 10 months ago

"Ada Orang Berwajah Sepertinya Bagitahu Siapa Yang Perlu Ditembak" - Kronologi Kes Tembakan Rambang Di Bangkok