Suspek pukau di Perlis turut dikehendaki di beberapa negeri lain

10 Jun 2023 • 2:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Tiga lelaki yang ditahan sejak 3 Jun lalu kerana disyaki menipu seorang suri rumah membabitkan barang kemas bernilai RM19,000 dengan cara memukau di Pasar Besar Perlis, turut dikehendaki atas kes sama di beberapa negeri lain.

Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata ketiga-tiga suspek termasuk seorang warga Indonesia yang berusia 52 hingga 65 tahun itu turut dikehendaki di negeri lain atas jenayah penipuan menggunakan modus operandi sama.

“Reman mereka sudah pun tamat dan kita sudah melengkapkan siasatan namun suspek termasuk seorang warga Indonesia dan seorang pemastautin tetap belum lagi dapat dituduh di mahkamah sebab mereka dikehendaki di beberapa negeri lain atas jenayah yang sama.

“Polis percaya kumpulan ini aktif melakukan jenayah penipuan sejak dari awal tahun ini. Di Perlis sahaja, terdapat dua laporan polis dibuat berhubung penipuan yang dilakukan.

SPONSORED CONTENT Tune Talk launches Borneo25 plan catering to Sabah and Sarawak Kuala Lumpur: Tune Talk is excited to announce the launch of Borneo25 Plan, a mobile prepaid plan exclusively designed for subscribers across Sabah and Sarawak. Read more “Suspek menggunakan modus operandi memujuk sebelum memperdaya mangsa dengan menawarkan khidmat pemulihan kesihatan kepada mangsa. Kerugian bagi kedua-dua kes berkenaan dianggarkan sekitar RM24,000,” katanya ketika dihubungi lapor Berita Harian.

Beliau berkata, berdasarkan semakan pihaknya juga mendapati dua suspek termasuk seorang pemastautin tetap negara ini mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 56 tahun didapati mempunyai rekod jenayah membabitkan pecah rumah, samun dan cabul.

“Rakannya, berusia 64 tahun dan pemastautin tetap Malaysia juga berasal dari Indonesia didapati mempunyai rekod jenayah silam membabitkan kes curi dan imigresen kerana melindungi pendatang asing tanpa izin.

“Kita sudah serahkan suspek kepada polis di kontinjen lain untuk meneruskan siasatan mereka,” katanya.

Pada 3 Jun lalu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia kerana disyaki menipu seorang suri rumah dan melarikan barang kemas milik mangsa bernilai RM19,000 di Pasar Besar Perlis, di Sena, Kangar.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa berusia 51 tahun itu dipercayai dipukau selepas didatangi dua lelaki, seorang daripadanya warga Indonesia yang tidak dikenali menawarkan kepadanya pemeriksaan perubatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.