Suspek rompak bersenjata diburu

21 Jan 2025 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai runcit di Simpang Payang, Batu 7, di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, dalam kejadian kira-kira 4.35 petang itu, suspek melarikan kira-kira RM1,220 yang diambil dari laci juruwang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Siasatan mendapati ketika kejadian, juruwang sedang mengira jumlah barangan yang dibeli suspek, apabila suspek yang memakai topi keledar meletakkan pisau di leher mangsa.

“Suspek kemudian membuka laci dan mengambil wang tunai sebelum melarikan diri menggunakan motosikal EX5 Honda bersarung set hitam dan merah,” kata Dzulbaharin.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dzulbaharin berkata, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat, Insp Iskandar Kiprawi di talian 089-881255 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Rakaman kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut tular di media sosial sebelum ini.