Tular Di Media Sosial, Rakaman CCTV Rompakan Bersenjata Parang Di Kedai Runcit Lahad Datu

20 Jan 2025 • 1:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mesti cashier tu trauma” – Netizen

Tular Di Media Sosial, Rakaman CCTV Rompakan Bersenjata Parang Di Kedai Runcit Lahad Datu. Baru-baru ini, satu kejadian mengejutkan telah berlaku di sebuah kedai runcit berdekatan PPR Sepagaya, Lahad Datu, apabila seorang cashier perempuan diserang oleh seorang perompak bersenjatakan parang.

Menurut hantaran yang tular di laman Facebook, insiden tersebut berlaku ketika cashier itu sedang bertugas seperti biasa. Perompak berkenaan bukan sahaja mengancam menggunakan parang, tetapi turut mengambil wang tunai dari kaunter sebelum melarikan diri.

image is not available
Tular Di Media Sosial, Rakaman CCTV Rompakan Bersenjata Parang Di Kedai Runcit Lahad Datu

Pelbagai reaksi dari netizen

Seperti biasa, netizen tidak ketinggalan untuk memberikan pandangan mereka tentang kejadian ini:

“Mesti cashier tu trauma,” kata seorang netizen yang bersimpati dengan nasib mangsa.

“Terketar-ketar sudah tu kalau saya jadi cashier,” tambah seorang lagi yang membayangkan betapa menakutkan situasi tersebut.

Ada juga yang mengutarakan teori bahawa perompak itu sudah biasa dengan kedai tersebut.

“Dia tau sudah kedai tu ada CCTV. Mungkin dia pernah datang membeli sebab tu dia pakai helmet supaya tidak nampak muka dia. Memang taktik dorang la ni bila mau pergi merompak kedai,” komen seorang netizen.

Namun, ada juga yang meluahkan rasa marah dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Ni orang memang kerja malas asyik cari duit haram saja,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

Keselamatan Diutamakan

Kejadian ini menjadi peringatan buat semua, khususnya mereka yang bekerja di kaunter hadapan, untuk sentiasa berwaspada dan memastikan langkah keselamatan dipatuhi.

Pemilik perniagaan juga disarankan untuk melengkapkan kedai dengan sistem keselamatan yang lebih canggih bagi mengelakkan insiden seperti ini daripada berulang.

Kami berharap mangsa kejadian ini diberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya untuk pulih daripada trauma. Kepada perompak pula, ada baiknya berhenti melakukan perkara yang menyusahkan orang lain sebelum nasi menjadi bubur.

Baca juga artikel yang berkaitan: