Suspek samun van bawa wang tunai bergerak solo

25 Jul 2026 • 11:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek samun van bawa wang tunai bergerak solo

PETALING JAYA: Suspek yang cuba menyamun sebuah van keselamatan membawa wang tunai dipercayai bertindak secara solo dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, lelaki itu direman enam hari bagi membantu siasatan.

“Reman suspek bermula semalam sehingga 29 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, JSJ Bukit Aman berjaya menyelesaikan kes cubaan samun sebuah van keselamatan membawa wang tunai dengan penahanan seorang lelaki tempatan dalam satu serbuan di Shah Alam dekat sini.

Operasi khas digerakkan Bahagian D9, JSJ Bukit Aman untuk menjejaki suspek.

Polis turut merampas selaras pump gun jenama Mossberg berserta sebutir peluru 12 bore yang dilarikan sebelum ini.

Turut dirampas sepucuk pistol pelepas olahraga (starter pistol) jenama Ekol Lite berserta 48 butir peluru jenis blank.

Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Pada 20 Julai lalu, suspek dilaporkan cuba merompak van keselamatan dan merampas selaras senjata api milik pengawal keselamatan sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal. – UTUSAN

The post Suspek samun van bawa wang tunai bergerak solo appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved