Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah, Kata KPN

17 May 2024 • 12:57 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Razarudin Husain - Gambar fail

JOHOR BAHRU - Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi tadi, dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata susulan kejadian itu, polis melakukan serbuan di rumah suspek di Ulu Tiram dan menahan lima ahli keluarga lelaki terbabit, berusia 19 hingga 62 tahun.

"Saya juga telah arahkan Bahagian Cawangan Khas untuk mengesan dan mengenal pasti ahli Jemaah Islamiyah yang berada di negeri ini, yang dianggarkan lebih 20 orang," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, 3 disahkan maut iaitu 2 anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved