Suspek Serang Haresh Deol Berkemungkinan Tersalah Sasaran -Polis KL

LocalPolitics
27 Nov 2025 • 7:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kes serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol kini memasuki fasa siasatan lebih mendalam selepas polis mengesyaki suspek sebenarnya tersalah sasaran.

Suspek kes Haresh Deol mungkin tersalah sasaran

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan Datuk Fadil Marsus memaklumkan siasatan awal mendapati insiden itu dipercayai berpunca daripada isu peribadi membabitkan gangguan terhadap isteri suspek.

“Ia (motif) seperti ada gangguan terhadap isteri dia (suspek) jadi lebih kepada peribadi namun nampak macam salah sasaran pun ada kerana dia mahu pukul yang kacau isterinya tetapi salah orang,” ujarnya.

image is not available

Pihak berkuasa sedang teliti kes Haresh Deol

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti semua keterangan sebelum membuat rumusan akhir.

“Bagaimanapun, kita akan bandingkan dengan semua keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Program Kesejahteraan Komuniti ‘Disiplin Terjaga, Generasi Terbina’ Tahun 2025, hari ini.

image is not available

Fadil turut memaklumkan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Tangkapan setakat ini membabitkan seorang individu yang kini direman. Namun kita akan angkat kepada AGC dan kemukakan cadangan untuk tuduh,” jelasnya.

image is not available

Artikel lain: Polis Tahan Lelaki Serang Wartawan Sukan Haresh Deol, Direman Tiga Hari 

Sementara itu, Haresh semalam menolak dakwaan polis bahawa serangan terhadapnya didorong oleh isu peribadi. Beliau mengucapkan terima kasih atas profesionalisme polis, namun menegaskan beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapa.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki menganggur berusia 37 tahun ditahan pada jam 2 pagi kerana dipercayai terbabit dalam serangan tersebut di Bangsar.

Haresh, pengasas TwentyTwo13, diserang dua individu ketika sedang menuju ke keretanya, dengan salah seorang daripadanya turut merakam video kejadian itu seperti dimaklumkan menerusi aplikasi X miliknya.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

The post Suspek Serang Haresh Deol Berkemungkinan Tersalah Sasaran -Polis KL appeared first on Borak Daily.