Wartawan Sukan Tegaskan Tak Ada Isu Peribadi Dengan Sesiapa

26 Nov 2025 • 4:41 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Serangan yang menimpa wartawan sukan, Haresh Deol, sehingga beliau mengalami kecederaan telah mengejutkan banyak pihak termasuklah Menteri Komunikasi yang menggesa siasatan terhadap kejadian tersebut dapat dijalankan dengan segera.

Lelaki dipercayai terlibat serangan wartawan sukan ditahan

Memetik laporan daripada Berita Harian, polis telah mengesahkan bahawa motif serangan tersebut ada kaitan dengan isu peribadi.

image is not available

Polis sahkan isu peribadi jadi motif serangan

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook menyatakan semakan mendapati suspek, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun itu adalah seorang penganggur.

“Motif serangan setakat ini adalah lebih kepada hal peribadi. Kes masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan ringkas.

image is not available

Haresh nafi ada isu peribadi

Walau bagaimanapun, Haresh Deol menerusi hantaran di media sosial menafikan kenyataan tersebut dengan memaklumkan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang isu peribadi dengan sesiapa.

“Saya tidak mempunyai sebarang ‘isu peribadi’ dengan sesiapa,”
“The show must go on,” tulisnya.image is not available

Artikel lain: Polis Tahan Lelaki Serang Wartawan Sukan Haresh Deol, Direman Tiga Hari

Terdahulu, wartawan sukan terbabit telah memuat naik satu hantaran di media sosial dengan mendakwa diserang tiga individu tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan.

Tiada sebarang kerugian benda dialami namun kejadian tersebut telah dirakam oleh suspek.

Kejadian serangan itu berlaku setelah isu ‘pemain warisan’ memanas dan Haresh merupakan antara yang lantang dedah skandal tersebut.

Sumber: X HareshDeol

The post Wartawan Sukan Tegaskan Tak Ada Isu Peribadi Dengan Sesiapa appeared first on Borak Daily.