Suspek Wanita Bukan Ibu Kandung 2 Kanak-Kanak Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai, Rupanya Kekasih Suspek Lelaki

LocalPolitics
5 Sep 2025 • 4:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, kini pihak polis sedang mengesan ibu kandung kepada dua orang kanak-kanak yang maut akibat kereta yang dinaiki terjunam ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas, semalam.

image is not available

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berdasarkan siasatan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu merupakan bapa kandung kedua-dua mangsa, manakala wanita berusia 41 tahun itu bukan ibu kandung mereka tetapi kekasih suspek lelaki.

Dalam pada itu, Maslan berkata kini kedua-dua suspek telah ditahan oleh pihak polis susulan mempunyai keraguan dalam keterangan yang diberi di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, semalam.

image is not available

Ibu kandung dua kanak-kanak berkenaan kini dikesan polis bagi membantu siasatan.

Dedah Ketua Polis itu lagi, kesemua 16 rekod lampau suspek lelaki melibatkan kes jenayah, termasuk empat dikehendaki polis.

image is not available 2025-09-04 13:03:14

Kes Zara Qairina: "Berat Arwah 53 KG, Mustahil Boleh Dimasukkan Dalam Mesin Basuh" - Pakar Patologi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved