
Polis kini giat mengesan ibu kandung kepada dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat lemas selepas kereta yang mereka naiki tergelincir ke Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin, menjelaskan bahawa wanita berusia 41 tahun yang berada dalam kenderaan bersama kedua-dua kanak-kanak ketika kejadian bukanlah ibu kandung mereka, sebaliknya merupakan teman wanita bapa mangsa.
Katanya kepada Sinar Harian,
Setakat ini, status perhubungan antara bapa dan ibu kandung kanak-kanak masih belum dipastikan sama ada mereka masih berkahwin atau sudah berpisah.

Sebelum ini, polis menahan bapa mangsa dan teman wanitanya untuk tempoh reman selepas didapati memberi keterangan yang meragukan mengenai kejadian.

Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk empat kes yang masih dikehendaki pihak berkuasa, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Ujian air kencing kedua-dua suspek menunjukkan keputusan negatif, namun semakan ke atas kenderaan yang digunakan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022.
Kejadian tragis itu meragut nyawa dua beradik berusia enam dan lapan tahun selepas kereta yang dinaiki bersama bapa mereka dan teman wanita bapa tersebut terjatuh ke dalam sungai.
Suspek Wanita Bukan Ibu Kandung 2 Kanak-Kanak Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai, Rupanya Kekasih Suspek Lelaki
The post “Tak Pasti Masih Kahwin Atau Dah Berpisah” – Polis Cari Ibu Kandung Kanak-Kanak Lemas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


