
Susulan Kejadian Pokok Tumbang, ETS Kembali Beroperasi
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan semua perkhidmatan tren elektrik (ETS) telah kembali beroperasi dengan menggunakan satu landasan susulan kejadian pokok tumbang antara Sungkai – Slim River.
Menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Facebook KTMB, kelewatan perjalanan dimaklumkan masih berlaku sepanjang tempoh pengoperasian menggunakan satu landasan.
“Pada masa yang sama, kerja-kerja baik pulih sepenuhnya masih sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal KTMB di lokasi kejadian,” maklum syarikat berkenaan.
Berikutan itu, pihak KTMB memohon maaf berikutan kesulitan yang berlaku.
Orang ramai boleh merujuk kakitangan stesen bertugas atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200 bagi mendapatkan sebarang bantuan.
Terdahulu, Bernama melaporkan berlaku gangguan terhadap 12 perkhidmatan ETS dan KTM Komuter berikutan berlaku pokok tumbang pada petang Isnin.
Berikutan itu, perkhidmatan tersebut dihentikan buat sementara waktu semalam. Kejadian berkenaan mengakibatkan kerosakan 12 tiub cantilever sehingga menjejaskan bekalan kuasa.
BACA: Ini Panduan Nak Pilih Aliran Pendidikan Yang Ada Kerjaya “High Demand” Pada Masa Hadapan
BACA: “Orang Lain Panggil Ini Ujian, Saya Anggap Ini Rahmat”, Sisi Sunyi Bapa Tunggal Besarkan Anak ‘Istimewa‘
The post Susulan Kejadian Pokok Tumbang, ETS Kembali Beroperasi appeared first on Siakap Keli.


