Suunto Run Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM1199

TechnologyDigital
15 Jun 2025 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suunto telah melancarkan Suunto Run di Malaysia iaitu seutas jam tangan pintar yang direka khas untuk pelari. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih bagi meningkatkan prestasi larian termasuk mod khusus untuk larian trek dan maraton.

image is not available

Jam tangan ini turut menyokong Race Predictor , Ghost Runner Mode, serta Challenge Mate bagi membantu pengguna membaiki rutin mereka. Di samping itu, ia menyokong lebih daripada 34 sukan lain termasuk mendaki, berbasikal, yoga dan tinju untuk lebih pelbagai jenis latihan.

image is not available

image is not available

Dari segi pemantauan kesihatan, Suunto Run dilengkapi dengan penjejakan kadar jantung, analisis pemulihan, serta pemantauan pola tidur. Ia juga menyokong muzik luar talian membolehkan pengguna menikmati lagu kegemaran tanpa bergantung kepada sambungan internet.

image is not available

image is not available

image is not available

Binaan yang ringan dan tali jenis tektil bewarna yang selesa memastikan pemakaian yang ergonomik sepanjang aktiviti fizikal. Dengan berat hanya 36 gram, ia diiklankan mampu memberi keselesaan tanpa mengorbankan ketahanan.

Bateri pula mampu bertahan sehingga 12 hari dalam penggunaan harian biasa dan hingga 20 jam semasa digunakan untuk latihan dengan penjejakan lokasi yang tepat

image is not available

Paparan AMOLED 1.32 inci dengan resolusi 466 x 466 piksel disediakan untuk pengalaman visual yang jelas. Selain itu, ia mempunyai pelbagai ciri tambahan seperti kemas kini cuaca, penggera, dan pemantauan aktiviti harian sesuai untuk pengguna yang menjalani gaya hidup aktif.

image is not available

Suunto Run kini ditawarkan pada harga RM1199. Sepanjang tempoh promosi hingga 22 Jun 2025, setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah eksklusif berupa sehelai t-shirt dan sepasang stokin hasil kolaborasi dengan Voltra.