Banyak produk Honor dilancarkan hari ini dan akhir sekali ialah jam tangan pintar Honor Watch 5 Ultra dan penjejak kesihatan Honor Band 10. Honor Watch 5 Ultra ialah seutas jam tangan pintar dengan rekaan serba mewah dilengkapi skrin 1.5″ AMOLED berbentuk bulat, 60Hz dan menyokong sentuhan.

Tubuh berbentuk oktagon yang diperbuat daripada bahan titanium gred 5 dan bahagian skrin pula daripada bahan kaca nilam yang tahan lasak. Ini menolehkan Watch 5 Ultra dibawa menyelam sehingga kedalaman 40 meter. Honor menyertakan mod Free Diving, penjejakan penggunaan oksigen dan juga amaran keselamatan.
Sensor yang diberikan adalah ECG, degupan jantung, oksigen dalam darah dan penjejakan tidur. Sebanyak 100 aktiviti sukan boleh dijejak sementara itu lebih 10,000 muka jama boleh digunakan untuk memperibadikan wajah Watch 5 Ultra. Dengan sekali caj, bateri Watch 5 Ultra boleh bertahan sehingga 15 hari.

Honor Band 10 pula dilengkapi skrin 1.57″-inch” AMOLED empat segi. Ia dilengkapi sensor degupan jantung, penjejakan tidur dan kitaran haid. Sebanyak 96 aktiviti sukan boleh dijejak dengan ia diakses menerusi aplikasi Honor Health.
Tubuh adalah setebal 8.99 mm dengan kemasan metalik dipadankan dengan pilihan tali jam nilon atau TPU. Bateri sebesar 180mAh mampu memberikan hayat penggunaan sehingga 14 hari sebelum perlu dicas semula.

Honor Watch 5 Ultra dijual pada harga RM1,099 dengan tali kulit dan Honor Band 10 pula pada harga RM199 dengan kedua-duanya ditawarkan hanya di atas talian. Pratempahan Honor Watch 5 Ultra dibuka sehingga 29 Mei 2025. Pembeli awal menerima potongan harga RM100 dan tali menyelam percuma percuma.

