SUV Jatuh Gaung, Menteri Kerja Raya ‘Cari’ Siapa Yang Alihkan Tanda Amaran & Penghadang Konkrit

LocalPolitics
8 Dec 2025 • 1:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Orang awam diminta untuk salurkan maklumat mengenai berhubung pihak yang alihkan tanda amaran dan penghadang konkrit yang sudah diletakkan di lokasi kemalangan di Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ia bertujuan bagi membantu siasatan kes membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter.

Artikel berkaitan : Baju Pengantin Ditemui Dalam Kenderaan Yang Terjunam Ke Dalam Gaung

Beliau turut menyifatkan bahawa perbuatan itu sangat serius memandangkan langkah keselamatan di kawasan itu sudah diambil dan ia bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditandakan.

“Jika dakwaan (tanda amaran dan penghadang jalan) dialihkan, penting untuk kita tahu siapa yang mengalihkannya.”

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.