
Suzuki Buat Program Tukar Helmet, Servis Motor Percuma Hari Ini
Suzuki Malaysia hari ini mengadakan kempen keselamatan jalan raya sempena Tahun Baru Cina 2024 di Hentian Plaza Tol Sg. Besi (Arah Selatan).
Menariknya, dalam kempen ini, pihak Suzuki Malaysia telah mengadakan beberapa acara yang pasti mampu membuat semua penunggang motosikal tersenyum.
Apa tidaknya, dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA), Suzuki Malaysia turut mengadakan program menukar topi kaledar secara percuma yang terbuka kepada semua pengunjung.
Pengunjung juga ditawarkan penukaran dengan wind breaker atau sarung tangan pemanduan.
Suzuki Malaysia buat kempen, pengunjung boleh tukar helmet dan periksa motosikal secara percuma
Selain itu, Suzuki Malaysia juga menyediakan khidmat pemeriksaan motor secara percuma. Lebih menarik, kedua-dua program ini terbuka kepada semua pemilik motosikal tanpa mengira kapasiti enjin dan jenama.
Difahamkan, kempen ini bermula 9 pagi tadi dan akan berakhir pada 5 petang ini.
Menurut Suzuki Malaysia, penganjuran kempen ini disokong penuh oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Program ini turut disokong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia serta Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Manakala, usahama turut diadakan bersama PLUS Malaysia dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kempen berjalan dengan lancar.
Selain itu, syarikat-syarikat besar turut tampil sebagai rakan penganjuran kepada kempen ini.
Syarikat-syarikat itu adalah AEON Credit Service (M) Bhd, Tokio Marine, Nestlé, KHI Helmets, Bridgestone Tyre Malaysia, RCB Malaysia dan DID Malaysia Sdn Bhd.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh Suzuki Malaysia, dapat dilihat pengguna jalan tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan manfaat daripada kempen tersebut.
Deretan khemah yang dibuka kelihatan penuh dengan pengunjung. Rata-rata dilihat mahu melakukan penukaran helmet dan melakukan pemeriksaan motosikal secara percuma.
Jika anda berada berdekatan dengan kawasan kempen ini, usah lepas peluang dan segera berkunjung ke khemah-khemah yang dibuka oleh Suzuki Malaysia.
Sumber: Suzuki Malaysia via Facebook, Bernama
The post Suzuki Buat Program Tukar Helmet, Permeriksaan Motor Percuma Hari Ini appeared first on Siakap Keli.



